xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

Dave's Deli

Dave's Deli
(http://www.davesdeli.com.my)


Teringat dulu masa muda2 (darjah 4-5) kalau balik kampung ayah dekat Penang konfem gi jalan2 dekat Midland Park (time tu mana ada lagi Queensbay & Gurney Plaza). Pastu dekat ground floor tu ada satu kedai ni (tak kenal lagi kedai ni masa tu) yang agak unik sket hiasan dia, ada barang2 antik macam basikal & seterika, botol & poster coke zaman bila punya ntah dll. Yang pasti sedap gler la ayam kat situ, lagi sedap dari ayam Kenny Rogers (lagipun tak penah makan Kenny lagi time tu..ahahaha).


Maka haritu masa jalan2 dekat OU, nampak nama restoran ni dalam list kedai2 dekat situ. Jadi try la mana tau rasa dia still sama macam dulu2.


Ok jom tengok gambar..zassssss



Dave’s ¼ Roast Chicken & Gravy

Steak & Mushroom Pie

Branch2 lain selain OU korang boleh tengok dalam website, ada link dekat atas..korang decide mana lagi best compare dengan Kenny :)

7 komen jika teruja tengok gambar:

mcm kenny rogers eh. no?

January 29, 2010 8:16 AM  
xoulariff said...

mcm sama & harga pun lebih kurang..side dish dh tetap & xleh pilih2,and minus muffin..masa aku gi aritu ayam dier besar la,baru btol 1/4 chicken..hehe

January 29, 2010 8:19 AM  
Unknown said...

Aku ingat Dave's ni dah bungkus dah. Tinggal 2 restoran saja rupanya.

Dulu-dulu banyak juga restoran DD ni. Dekat Wangsa Maju ada satu tapi dah 2-3 tahun tutup.

Aku suka tempat ni bukan setakat ayam & sos dia, tapi dia juga suka gantung gambar2 Beatles yang jarang keluar di mana2 majalah/akhbar.

Cakap pasal DD ni, teringat pula aku pasal Taza Chicken. Apa dah jadi?



Kapten F

January 29, 2010 2:54 PM  
xoulariff said...

yerp..suka hiasan dia,yg dekat penang pun dh bungkus rupanya tgk dkt website tinggal 2 jer lagi..yang dekat ou ni pun kedai dia simple takde hiasan2 & xramai org sgt..sapa2 yang blum try,try la cepat sblum dave ni bungkus :D

Taza? penah dgr,xpenah try..sedap?

January 29, 2010 4:03 PM  
lyana said...

engkau ni, bole tak sertakan dengan hegenye skali tiap kali ko mkn benda2 ni..snng aku nk budget2.hahaha..meggi tu pun tulis ler hege die skali.

January 29, 2010 8:39 PM  
xoulariff said...

ayam tu rm14.50,pie tu rm6.50..ada menu & harga dkt website aku kasik tu..malas btol yana,haha..

January 30, 2010 3:38 AM  
xoulariff said...

woo thanks fuzzy..menarik tuh

February 04, 2010 11:27 AM  
Related Posts with Thumbnails