xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

After the Rain


"I don't mind the rain, it cleanses the world"

Quote dari anime Boys Be, satu2nya anime cintan cintun yang aku tengok masa kecik2 dulu. Minat gile anime ni, recommended. Tapi post ni bukan nak cerita pasal anime Boys Be. Saja buat intro takde kena mengena :D. Cerita sebenar, harini aku bosan jadi keluar jalan2, kalau keluar jalan kaki memang jalan dalam halaman rumah je la kan. Kalau jalan jauh sikit lagi mungkin pengsan. Memandangkan baru lepas hujan, jadi peluang menarik untuk capture shot lawa2. Jom Read More.

Reviewed by Catlina


Thanks a lot Catlina for the blog review in her blog Catlina on Makan-Makan.





Pulau Langkawi
- Day II -
- Sunset at Pantai Tengah II -



This entry will be the last part dalam koleksi posts Pulau Langkawi. Kalau ni kali pertama korang bace blog ni, feel free to read the 1st part here. Dalam tu aku dah cerita2 banyak benda yang perlu korang tau kalau nak datang sini. In the 2nd part (here) pulak aku dah upload gambar2 dan cerita serba sedikit pasal Pantai Tengah which is a very great place to view sunset di Langkawi. So seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, in this 5th part, aku akan masukkan gambar sunset lagi. Tapi sunset untuk hari kedua trip aku ke Langkawi ni.  Total ada 25+ gambar dekat bawah ni. Click Read More to see more.

Pulau Langkawi
- Day II -
- Langkawi Cable Car (Gunung Mat Cincang) -


Updates~ Setelah dua minggu tak update blog, kali ni aku sambung balik post Pulau Langkawi. This is the 4th part. Since ada two more entries jer lagi untuk completekan 5 part post pasal Pulau Langkawi, post kali ni sangat agak panjang, diselang-selikan dengan 30+ pictures untuk korang usya2 sambil baca. Kalau korang 1st time masuk blog ni, feel free untuk tengok2 the 1st, 2nd and 3rd part dalam koleksi entry Pulau Langkawi. 


Gambar semua ni diambil every step of the way bermula dari entrance masuk as a guide and so that korang dapat feel macamana panorama dekat sini, haha bajet macam tengok travel & living dekat astro jer. Walaupun tak sehebat tu dan dekat Langkawi Kedah je pun tapi aku cuba jugak la untuk promote tempat ni dekat korang. Tekan Read More untuk melawat Langkawi Cable Car, Gunung Mat Cincang.

Pulau Langkawi
- Day 1 -
- Underwater World Langkawi -
(http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/)


Walaupun entry Pulau Langkawi dah sampai Part III, tapi still semua ni kami buat on the 1st day kami sampai di Langkawi. Dalam Part I, aku ada intro sket yang Langkawi ni bukan setakat pantai & laut. Ada banyak tempat2 best yang boleh korang lawati salah satunya macam Underwater World ni. As the name suggest, tempat ni adalah aquarium yang besar gler macam dekat Aquaria KLCC tu. Since ramai yang dah sampai aquaria, jom tengok2 apa yang best dekat Underwater World ni. Read More~

Pulau Langkawi
- Day 1 -
- Sunset at Pantai Tengah -


Kembali ke rancangan Destinasi Bajet Besar. Seperti yang dijanjikan 2 hari lepas, aku dah upload koleksi gambar2 sunset dekat Pantai Tengah. Dalam entry part I, aku ada cakap yang Pantai Tengah ni one of the best place to watch sunset. Buktinya dalam pukul 7 lebih, ramai family2 couple2 datang berdiri tepi pantai tunggu matahari terbenam. Memang best sebab chalet aku betul2 mengadap pantai ni. Jom Read More.

Pulau Langkawi

- Day 1 -


Bertemu lagi dalam rancangan Destinasi Bajet Besar. Haha. This is the 1st part out of 4 part (mungkin 5 part). So dalam 1st entry ni aku nak cerita pasal Pulau Langkawi. Basic apa yang perlu korang tau kalau nak datang sini & tempat2 menarik dekat sini. Untuk Day I ni aku akan start dari jeti Kuala Perlis, macamana nak naik feri, sewa hotel, sewa kereta dll. Aku cuba cerita dengan detail diselang-selikan dengan gambar2. Click Read More. Enjoy~





Chili's

Chili's
Pepper in Some Fun!
(http://www.chilis.com.my/)



Bertemu lagi dalam blog jalan2 cari makanan. Agak lama jugak tak update, ketiadaan gambar + malas edit + malas upload + malas taip. Senang cakap memang salah tak banyak gambar nak upload (dulik..tak nak ngaku malas). Dah alang2 gi KL aritu, singgah makan dekat 2 tempat yang best. Chili's ni salah satu, lagi satu maybe post lepas ni aku citer.  Chili's bukan tempat baru pun, dah lama, sama kategori dengan Tony Roma's & TGI Friday's. Bagi aku apa yang menarik dekat Chili's ni sebab dia ada Bottomless Juice (apple orange tomato pineapple etc.), Soft Drinks (termasuk Milo & Ice Lemon Tea) and Chips jugak. Kiranya korang boleh refill2 sampai perut kembong. Best kan. Boleh tengok website dekat atas for more info. Click Read More for more pics.


Black Canyon Coffee
a drink from Paradise..available on Earth
(http://www.blackcanyoncoffee.com/)




Halooo...lama tak update. Kadang2 rasa malas nak mengedit2 gambar, update blog sebab nanti secara automatic aku pun rasa lapar jugak. Abes diet. Scroll bawah, nanti korang tau la sebab apa. Tapi nak tak nak, blog mesti berupdate jugak. So here we go. Please read through or kalau malas, click Read More to see more pictures.



Sunway Lagoon Wildlife Park
Feed, sit and talk to some of our furry and scaly locals
(http://www.sunwaylagoon.com/wildlife.asp)



Last part untuk koleksi gambar2 dari Sunway Lagoon Wildlife Park. Dalam Part 1 and Part 2 sblom ni, korang dah tengok 2/3 binatang2 dalam Wildlife Park dekat sini. Dalam part 3 ni ada sikit je lagi korang tak tengok lagi. Tak besar pun tempat dia, 20minit boleh abes round kalau tak amek gambar, bila dah amek gambar setiap satu binatang, jadi la sejam++. Aku pun dah taktau nak cerita apa dah, jom tengok gambar je la. Read More for more pics.

The Warung
Midvalley Megamall



Dulu2 aku jenis makan je apa yang ada, or makan je la kedai mana yang nampak, jenis tak kisah makan apa asalkan sedap. Makin lama taste pun dah up (baca dengan nada bongkak), ahaha. Takdela, dah alang2 makan dekat luar, keluar duit, biarla makan yang sedap2 best2. Kalau yang mahal2 tu at least rasa la jugak sekali seumur hidup. Tak rugi pun. Jadi sejak aktif blogging ni, banyak jugak food blog yang aku selalu usya2 before planning nak try makan apa, baca2 review, best ke tak, sedap ke tak. Salah satu food blog yang aku follow & baca hampir semua entry yang dia tulis adalah Food Craver. Rasanya baru jugak la diorang buat review pasal the Warung ni, sebab teruja dengan Nasi Tumpang, dengan pantas kitorang gi try. Hehe. Read More.

Sunway Lagoon Wildlife Park
Feed, sit and talk to some of our furry and scaly locals
(http://www.sunwaylagoon.com/wildlife.asp)


Orait entry ni sambungan entry Sunway Lagoon Wildlife Park #1. Semua ada 3 part actually, trilogy. Hehe. So lepas ada lagi satu entry pasal Wildlife Park ni. Kalau dalam entry part 1 ada gambar monyet lucah & gambar geli2, dalam entry ni aku masukkan gambar binatang paling cute dalam park ni. Tanpa membuang masa lagi, jom tengok gambar. Read More.

IKEA Restaurant

IKEA Restaurant
Mutiara Damansara
(http://www.ikea.com.my/en/service/store-services/restaurant.asp)




Sape yang selalu tengok TV mesti tau sekarang IKEA dah ada iklan dalam TV, 2 orang makcik lari sana sini teruja tengok perabot2 IKEA. Haha. Dah  4-5 kali makan kat sini, tapi baru perasan yang takde lagi post untuk IKEA nyer restaurant ni. Rasanya ramai yang dah tau yang IKEA ni bukan sekadar mall jual perabot. Dekat tingkat atas ada satu restaurant, foodcourt actually, tapi bukan yang ada banyak2 kedai makan macam dekat mall lain, memang under IKEA. Dekat sini memang tak pernah lengang, sentiasa penuh dengan manusia, and most of them mesti makan Swedish Meatballs. Best sangat ke bebola daging sampai ada yang sanggup datang jauh2 sebab nak makan dekat sini? Sambil2 tengok gambar aku cerita. Read More.

Sunway Lagoon Wildlife Park
Feed, sit and talk to some of our furry and scaly locals
(http://www.sunwaylagoon.com/wildlife.asp)




Woo..part #1, macam yang dah di plan, lepas ni entry gambar makanan, lepas tu sambungan entry ni part #2 pulak. Orait sambung cerita, sebelum gi makan dekat Fullhouse yang aku blog dalam last entry, kitorang spend satu hari dekat Sunway Lagoon. Amek pakej All-Parks. Ada 5 parks, Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park & Scream Park, terima kasih "cable" kerja Sunway, boleh kitorang dapat staff price. Hehe. More info untuk pakej & harga boleh tengok dekat sini. Orait, tengok gambar dulu. Read More.



Fullhouse @ Sunway Pyramid

Fullhouse
Lifestyle Store and Cafe
(http://www.fullhousecafe.com.my/)


Orait..kembali pada review makanan. Aku cuba selang-seli post gambar tempat & gambar makanan. Nampak macam best sikit. Konon macam aku jalan2 banyak tempat & makan banyak makanan. Ok makan banyak tu betul, isk.

Haritu lepas balik dari Sunway Lagoon (gambar akan dipost di next entry), kitorang singgah di Sunway Pyramid untuk mengumpul kembali kalori2 yang dihabiskan masa menjerit naik rides. Haha. Lepas 30minit pusing2 tatau nak makan mana, hampir2 makan Tony Roma's lagi skali, sebaik tak jadi, jimat duit aku kalau tak kurang satu post makanan dalam blog ni. Read More.



Kampung..

Kampung..
Ooo..balik kampung..





Tak banyak benda nak buat pun bila dah balik rumah, semua benda pun jadi malas dekat rumah (konon dekat Uniten macam rajin jer)..Review makanan ada la 4-5 kedai yang aku belum post lagi, nanti2 bila rajin aku post..haha..saja simpan stok sebab tau dah balik nanti memang takkan jarang aku nak gi kedai makan amek2 gambar. Takde gambar best pun dalam post ni, saja nak bagitau yang aku dah balik. Maka post pun akan berkurang la lepas ni.

Dalam banyak2 kali aku drive balik dari KL - Perlis, kali ni la paling tak feel, ngantuk, penat, takde mood, malas semua ada. Siap berhenti dekat kawasan rehat, tertidur dalam kereta lak tu, slambe je tidur peluk bantal..haha..masa drive pun ada la 2-3 kali aku terlelap, tau2 dah kat tengah jalan, sebaik takde keta lain masa tu. Read More.



Om Burger
Ampang Jaya, KL




Ingat lagi post Burger Santak! ? Mesti la ingat kan, baru 2 post lepas, kalau lupa mungkin ada terantok kepala dekat mana2. Dalam post tu aku ada mintak korang recommend burger gerai dekat mana paling best. Ada kawan aku ni (nama dia Rhaiz, tak single) recommend suruh try Om Burger. Peliknya nama, letak la nama Power Burger ke, Awesome Burger ke..baru mari. 


Dah Google2, baru tau rupanya Om Burger ni popular gler. Ada yang cakap "might be the best Ramly Burger in town" "Burger elite" dan macam2 lagi. Hasil pencarian google juga mendapati bahawa Om (pakcik dlm bahasa Jawa) ni dah start bisnes burger dia sejak 24 taun lepas dekat spot yang sama (depan 7-11), taktau la betul ke tak, mungkin time dia start tu gerai dia tengah2 medan perang orang berebut lombong bijih timah. Tu pasal dia blajar masak burger laju2 takut kena parang, selekeh pun selekeh la janji siap. Ok dah merapu. 


Masa mula2 korang sampai gerai ni, korang mesti teruja tengok ramai btol org beratur sambil buat muka sangap burger. Siap ada brader amek2 gambar Om ni masak, curi resepi la tu. Dekat gerai dia ada 1 bendera Malaysia besar & keratan akhbar & majalah pasal gerai burger dia ni. Hot2. Haa ni gambar Om. Read More.



i-City, Shah Alam

i-City
Shah Alam


Ini bukan entry gambar makanan :D (gambar2 makanan kena simpan stok sebab nanti balik kampung taktau nak post gambar kedai mana)


Sorry lama sangat tak update, busy dengan final exam & final project. Skarang dua2 pun dah lepas, tinggal nak kena siapkan thesis & submit. Maka berakhirlah life aku as a student dekat UNITEN ni, Insyaallah. Hari ni lepas present final project, kitorang bertolak ke i-City, seksyen 7, Shah Alam. Asyik tengok gambar dalam blog2 orang jer seblom ni, nak jugak post gambar dalam blog sendiri kan?


Orait jom tengok gambar (Jangan risau, takde gambar orang buat peace bawah pokok :D ).  Read More.



Burger Santak!

Santak Burger
Sri Serdang










Sebenarnya tak perlu pun nak letak tanda seru dekat topic..saja jer nak bagi korang cuak sket..takut tak? takut tak? Malas2 Busy2 aku pun, aku cuba update jugak seminggu sekali blog ni. Jika ditakdirkan aku tamat belajar dekat Uniten ni sem ni (lagi 18 hari), maka balik la aku ke Perlis tanah tumpahnya darahhku..rakyat hidopp..eh. Maknanya tak dapat la aku review2 kedai makan area Bangi syurga makanan (bak kata teRi)-Kajang-Serdang-KL-Putrajaya dan kawasan2 sekitar ni lagi macam yang aku buat sejak 5 tahun lepas lagi, sob2. Bersedih2 kemudian, beronok2 dahulu. Jom tengok makanan. Read More.



Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010
18-21 March 2010, Precint 2 Putrajaya
(http://myballoonfiesta.com/)






Tak..belon2 ni tak boleh makan. Ingat blog ni ada gambar makanan jer ke. Haha
Akhirnya terpergi jugak pagi tadi, dah alang2 aku demam tak boleh nak tidur malam tadi. Sampai sini dalam pukul 8.20am. Waktu ni tak panas lagi jadi belon2 banyak yang naik, kalau petang2 kang hujan lagi mesti banyak yang tak naik macam smalam. Orait jom tengok gambar. Read More.



Korang pernah pegi McD?
(ini introduction, aku tau korang semua penah pegi, sapa yang tak penah kan? hahaha (gelak lawak sendiri) )


Biasa kalau korang tengok iklan2 mcdonald's/kfc..size makanan yang diorang jual hampir 2x ganda dari size sebenar yang korang dapat. Ini contoh aku amek dari website McDonald's :


BigMac


Tapi penah tak korang dapat makanan yang 2x ganda size compare dengan gambar dalam iklan?


ChocoTop (dari website)

Ini yang aku dapat tadi.. Read More.



KFC

KFC
Mines Shopping Fair, Seri Kembangan
(www.kfc.com.my)


Minggu yang busy..walaupun test dah setel, kena focus final lak lagi 2 minggu, hopefully final exam yang terakhir la dekat Uniten ni :) . Surf2 internet cari tempat makan baru, skali terjumpa gambar KFC macam sedap lak, dah tak ingat bila kali terakhir makan KFC, maka untuk memenuhi permintaan nafsu perut hati, KFC Mines jadi tempat lunch hari tu, life's good :)


Tak perlu bagi review la kan..sapa tak pernah makan KFC..haha


Snack Plate (RM 7.95)
• 2 pieces Chicken
• 1 Butter Bun
• 1 Coleslaw (R)
• 1 Whipped Potato (R)





Cheezy Wedges (RM3.75)



 Read More.

Oldtown White Coffee #2

Oldtown White Coffee
Seksyen 7, Bangi
(http://www.oldtown.com.my/)


Dulu2 dah pernah post gambar Oldtown White Coffee, tapi tu zaman amek gambar guna handphone dulu2 =) .Kali ni pakai digicam lak..ok jom tengok gambar~


Oldtown French Toast (RM3.00)

Read More.

TGI Friday's

TGI Friday's
(http://fridays.com.my/)


Minggu yang busy, tapi update jugak sebab taknak hampakan peminat :D
19 February lepas, aku nye birthday, thanks for all the facebook comments, sms, calls & yang wish live (wow live..haha). Walaupun tak rasa smangat sangat pun sambut birthday (mungkin dah tua), comment2 kat facebook tu la yang bagi smangat, terasa macam hot 1 hari :8)


Jalan2 dekat Sunway Pyramid, lepas tengok directory 2-3x still taktau nak makan mana, last2 alang2 dah teringin nak makan TGI, kitorang pun try la makan situ. Orait jom tengok gambar~


memang fun, baca sampai habis entry..


 Read More.

KL Bird Park #2

KL Bird Park
World's Largest Free-flight Walk-in Aviary
(http://www.klbirdpark.com/)


Orait ni sambungan post di bawah..



Baru ingat nak marathon bird park - butterfly park - orchid park - segala2 park lain dekat situ..tapi bateri kamera dah abes..nyesal tak charge malam smalam tu..takpe, theres always next time :)

KL Bird Park

KL Bird Park
World's Largest Free-flight Walk-in Aviary
(http://www.klbirdpark.com/)


Ahad, 14 February 2010, Valentines Day Chinese New Year, 8.30am


calling...
"bangun2"
"dah bangun dah"
"gi jalan2 jom"
"nak gi mane?"
"hmm..." (senyap beberapa saat)
"jogging?"
"wahahahhahahahahah! jap2 imagine..wahahhahaaha"
".."
"hmm..gi zoo jom!"
"wahahahhahahahahahhahahhahahahhahahaha!"
"...."


Ada alasan bernas sebenarnya disebalik cadangan bernas nak gi zoo negara tu..huh..pagi tu aku terjumpa blog ni ada post pasal zoo negara..cuba tengok gambar2 dalam blog ni..

Trip to Zoo Negara – National Zoo of Malaysia




Sangat menarik kan? Gambar orang utan pun hensem (iklan: birthday aku lagi 2 hari, sapa2 nak bagi hadiah boleh la survey2 dikedai camera mahal berhampiran). 


Macam biasa, plan mengejut, berbekalkan digicam-tak-brape-nak-mahal-sangat yang hanya tinggal 2/3 bar bateri, kami bertolak ke KL Bird Park (ada orang baru tau wujud bird park dekat KL..haha noob :D ). Dah sampai, beli tiket, harga untuk mykad holder adalah rm15 tapi kalau ada JCard/RealReward boleh dapat rm10. Boleh jalan2 dalam park tu satu hari.


Jom tengok gambar..




bersambung...

Related Posts with Thumbnails