xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

Pulau Langkawi - Underwater World

Pulau Langkawi
- Day 1 -
- Underwater World Langkawi -
(http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/)


Walaupun entry Pulau Langkawi dah sampai Part III, tapi still semua ni kami buat on the 1st day kami sampai di Langkawi. Dalam Part I, aku ada intro sket yang Langkawi ni bukan setakat pantai & laut. Ada banyak tempat2 best yang boleh korang lawati salah satunya macam Underwater World ni. As the name suggest, tempat ni adalah aquarium yang besar gler macam dekat Aquaria KLCC tu. Since ramai yang dah sampai aquaria, jom tengok2 apa yang best dekat Underwater World ni. Read More~





Underwater World dari chalet yang aku menginap haritu di Pantai Tengah tak jauh, jalan kaki pun boleh sampai. Means tempat ni is on the other side of Langkawi. Jauh dari Pekan Kuah dan Jeti. Kalau korang dari jeti, kena la naik kereta/teksi dalam 20min baru sampai tempat ni. Takde la besar sangat pun Langkawi ni. Tiket masuk dewasa RM28 dan kanak2 RM18 with mykad. Tapi memang berbaloi2. Trust me. Ok jom masuk.


Kalau korang terpikir "Hek ele stakat ikan macam ni baik aku gi restoran tengok, siap boleh masak stim lagi". Sabar. Selain ikan macam dekat atas ni, Ada banyak lagi haiwan darat macam marmoset, iguana, bangau, kura2 & anaconda. Yang lagi menarik korang boleh tengok macam2 haiwan laut yang pelik dan konfem korang tak penah tengok kalau tak ada Astro Learning (tiba2 promote, harap2 astro sponsor gi Goldcoast la pasni). Jom tengok sikit haiwan pelik yang dimaksudkan.


Satu keunikan yang aku rasa still takde dekat Aquaria KLCC, dekat Underwater World ni ada Penguin dan Anjing Laut (Seal). Bukan penguin sekor je noob berdiri dalam aquarium, tapi banyak2 penguin melompat2 dari ketulan ais ke ketulan ais lalu masuk dalam air. Pastu buat gaya comel macam dalam movie Happy Feet. Gambar bawah ni penguin tengah keringkan badan dia lepas mandi. Kalau korang prasan penguin ni adalah spesies yang ada kening2 warna kuning macam dalam movie Surf Up tu. Smangat jer makcik sebelah aku tu bagitau sedara2 dia yang penguin ni posing sebab dia nak amek gambar. Tak faham penguin lansung! (emo)



Aku cuba fokuskan pada haiwan2 pelik, pelik: yang korang tak boleh jumpa di restoran atau dalam peti sejuk Tesco. Stended la macam semua zoo atau aquarium, korang boleh baca info board dekat sebelah aquarium untuk mengetahui lebih lanjut lagi pasal nama, diet dan asal usul haiwan. Sesuai untuk bapak & mak budak. Budak2 konfem tak sempat nak baca pasal teruja sangat. Belum sempat nak excited tengok sini, dah jumpa something yang lagi excited dekat sana. Best btol! (pura2 teruja)


Enough talk, jom tengok gambar2. Kalau gambar blur2 tu semua salah pembiasan cahaya yang melalui dua medium berbeza seperti udara dan air (taknak ngaku noob amek gambar).

"excuse me sir, do you know Patrick"


"mungkin sedara-mara alien"

Salah satu haiwan yang buat aku excited dekat Underwater World ni, Leopard Stingrays & Spotted Eagle Ray. Lepas lepak2 depan aquarium ni selama 10minit. Terpikir gak kalau dah besar kaya nanti logik tak aku nak bela mende ni letak dalam rumah. Macam cool je kan. Bosan2 boleh tengok dia swimming pusing2 dalam aquarium.

"seperti awek2 dan juga haiwan darat, haiwan laut juga sukar memberi kerjasama bila aku cuba nak amek gambar diorang..datang dekat je tros lari :("


"kawan2..jom buat gaya kapal terbang" - kata shark tersebut 

Dekat bawah ni adalah haiwan2 yang aku rasa comel walaupun sedikit pelik. Still unik jugak kalau boleh bela dekat aquarium dekat rumah.




"mr.krabs"


"mesti ikan ni kuat tipu :D"


"eel (belut)"


"ketam purple kepink-pinkan, lol"

At the end of the line. Jumpa lagi satu haiwan yang aku rasa best jugak kalau boleh bela dalam rumah (besar btol aquarium aku tu kan), obor2 (jellyfish). Serious tenang gler kalau nampak diorang swim keatas kebawah dalam aquarium diorang. Duduk depan tu 30min pun takpe, tapi aku terpaksa memberi laluan untuk kanak2 lain menikmati jugak haiwan yang indah ni. Sob2. I will come back for you. 



Cantik kan. Sampai sini jer untuk entry ni. Next post, cable car ride to Gunung Mat Cincang. See you in Part IV~ Thanks for reading and jangan lupa tekan Like button :D

6 komen jika teruja tengok gambar:

gamba obor2 tu dpt award best picture. very nice~
okla ni, kensel dslr ;))

July 01, 2010 1:54 AM  
xoulariff said...

thanks..

kalo kansel blanje dslr,kena blanje obor2 sekor..hehe

July 01, 2010 2:15 AM  
v!vi@n said...

WOW....VERY VERY NICE PHOTOS UPTHERE....i like it..

July 01, 2010 11:56 AM  
xoulariff said...

rasa2 akuarium kat umah lg besar dr bilik sendiri nanti :p

July 06, 2010 7:53 PM  

Saya ni selalu juga ke langkawi. Tapi bila tengok gambar ni terus jatuh hati. tak sangka cantik tempat ni. (padahal selalu je lalu dpn underwater w ni)

from : http://mymekar.com

December 02, 2011 10:59 AM  
Related Posts with Thumbnails