xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

Pulau Langkawi - Sunset at Pantai Tengah (Day 2)

Pulau Langkawi
- Day II -
- Sunset at Pantai Tengah II -



This entry will be the last part dalam koleksi posts Pulau Langkawi. Kalau ni kali pertama korang bace blog ni, feel free to read the 1st part here. Dalam tu aku dah cerita2 banyak benda yang perlu korang tau kalau nak datang sini. In the 2nd part (here) pulak aku dah upload gambar2 dan cerita serba sedikit pasal Pantai Tengah which is a very great place to view sunset di Langkawi. So seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, in this 5th part, aku akan masukkan gambar sunset lagi. Tapi sunset untuk hari kedua trip aku ke Langkawi ni.  Total ada 25+ gambar dekat bawah ni. Click Read More to see more.


Sambung cerita dari entry Langkawi Cable Car, on the way balik dari Gunung Mat Cincang, kalau korang ikut jalan yang lalu dekat Porto Malai Langkawi tu, korang mesti akan melalui Pantai Kok, dekat jer dengan Porto Malai (fyi, Porto Malai adalah tempat dimana Datuk Azhar Mansur memulakan perjalanan mengelilingi dunia dengan kapal layar, kalau dulu2 aku gi situ still boleh nampak kapal dia Jalur Gemilang yang warna kuning tu, skarang tatau ada lagi ke tidak). Area ni kalau korang stop by tengok, air memang clear, pantai pun bersih. Tempat ni jadi tempat landing kapal2 layar. Memang cool la kalau ada yatch sebijik dekat sini. Best2. Bawah ni view at the Pantai Kok.



Memang sunyi & tenang jer dekat sini. Sesuai untuk picnic. Aku tak lepak lama pun dekat sini memandangkan dah penat jalan2 dekat Oriental Village tadi. Balik chalet di Pantai Tengah, terus membongkang tertido sampai petang. Bangun2 jam dah pukul 6.30pm. Masa ni orang ramai dah mula berkumpul di tepi pantai untuk tengok matahari terbenam. 


Nasib baik sempat, terbangun before sunset. Sunset dekat sini kalau korang tengok gambar dekat entry Sunset at Pantai Tengah Day 1 haritu, memang sangat2 cantik. Kalaula rumah aku dekat Langkawi mesti aku datang sini selalu untuk dating tenangkan fikiran. Haha. Time ni langit masih cerah so aku pun snap a few pics sementara tunggu matahari terbenam. Satu benda aku prasan harini takde pun orang mandi. Kalau ada pun cuma basah2 kaki. Lama2 baru prasan yang ombak makin lama makin kuat. Lagi dasyat dari smalam.


Ok masa yang ditunggu2 dah tiba. Matahari dah nak terbenam. So let's enjoy the view.


Untung sapa duk dalam kapal terbang atas tu, view cantik gler (notice ada rainbow dekat atas tu? :D).


Langit dah gelap sikit masa ni. Senja2 pun parasailing & banana boat semakin laku. Dalam seminit tu dua-tiga kali jugak banana boat melintas. 


Ombak makin kuat. Langit makin gelap. Matahari makin terbenam.


Finally, matahari dah terbenam. 


Time ni aku jeles tengok diorang ni parasail, mesti heaven gler view dari atas tu. Make sure korang tak miss peluang untuk parasailing time sunset kalau sampai sini nanti. Amek gambar upload dekat blog korang skali. Aku nak tengok. Hehe.


Cantik kan. Malam tu kitorang keluar makan ikan bakar ala thai. Popular restoran tu dekat Langkawi. Nanti kalau rajin aku buat entry pasal restoran tu. Lepas makan, kitorang gi shopping coklat. Mostly orang yang datang Langkawi memang akan shopping coklat takpun pinggan mangkuk dekat Pekan Kuah. Memang hot item. Tengok bawah ni :D


Masuk hari ketiga, kitorang bersiap2 untuk checkout dari chalet and bertolak ke Jeti Kuah untuk balik ke Kuala Perlis. Snap satu gambar lagi sebelum balik. 


Dah sampai ke penghujung vacation aku di Langkawi ni. Total ada lebih dari 500 gambar yang aku snap sepanjang perjalanan aku di Langkawi ni sebenarnya. Tapi dah pilih2 untuk muatkan dalam 5 part entry masuk dalam blog ni. Kalau boleh upload semua aku dah upload semua bagi korang tengok. Tapi 5 part pun dah cukup. Kesimpulannya, jom gi Langkawi.


Thank you for reading. Please leave a comment and press the Like Button below. :D

7 komen jika teruja tengok gambar:

pic 21st menang award sbb ade rainbow yg sgt cantik!
tahniah2../me bg kopi oldtown kt sifu :D

July 18, 2010 8:39 PM  
xoulariff said...

thanks2..hehe

hazelnut pls :D

July 18, 2010 8:45 PM  

Wow, beautiful photography. I like the photos with the sun ray.

July 19, 2010 8:28 PM  
xoulariff said...

thanks thristhan :)

July 20, 2010 12:04 AM  
Anonymous said...

chanteknye pic2 kt pantai tu ouhh.. cool ^___^

August 08, 2010 12:34 AM  
xoulariff said...

tengok la sape yg amek gamba :D

August 10, 2010 10:03 AM  

Saya selalu turun langkawi sebab ada rumah di sana.

Bila tengok gambar2 di atas membuat sya bangga kerana ia dihasilkan dgn sungguh cantik sekali. pasti kamera & tuannya nya hebatkan !

from : http://mymekar.com

December 02, 2011 10:51 AM  
Related Posts with Thumbnails