xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

Pulau Langkawi - Intro to Langkawi Island

Pulau Langkawi

- Day 1 -


Bertemu lagi dalam rancangan Destinasi Bajet Besar. Haha. This is the 1st part out of 4 part (mungkin 5 part). So dalam 1st entry ni aku nak cerita pasal Pulau Langkawi. Basic apa yang perlu korang tau kalau nak datang sini & tempat2 menarik dekat sini. Untuk Day I ni aku akan start dari jeti Kuala Perlis, macamana nak naik feri, sewa hotel, sewa kereta dll. Aku cuba cerita dengan detail diselang-selikan dengan gambar2. Click Read More. Enjoy~





Ok intro sket, bagi aku apa yang menarik Pulau Langkawi ni dibandingkan dengan pulau2 lain macam Redang, Pangkor, Perhentian, Langkawi ni bukan setakat pulau yang ada pantai & laut je. Ada banyak tempat lain yang menarik macam Underwater World, Gunung Mat Cincang, Pulau Dayang Bunting & Pekan Kuah yang sangat popular untuk kaki2 shopping. So kalau korang nak gi Langkawi tapi tak minat nak mandi pantai pun tadehal. Basically ada 3 cara untuk korang sampai ke Pulau Langkawi ni. Boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah atau naik kapal terbang tros ke airport Langkawi. Kalau ada cara lain seperti naik helikopter, kapal selam, kapal kargo tak pasti la pulak aku.


Bila dah sampai terminal feri, benda pertama korang perlu buat selain camwhore adalah cepat2 beli tiket feri, untuk mengelakkan tiket habis & korang kena tunggu next feri. Tiket feri untuk dewasa RM18 untuk kanak2 bawah 12 tahun RM13. Lepas dah dapat tiket, boleh la cari agen2 agensi pelancongan yang boleh tolong korang booking hotel, especially kalau peak days dan korang risau hotel semua fully booked. Diorang ni dah pakar dah, semua pun speed dial je tros dapat. Hehe. Tapi make sure korang berhati2 sebab kadang2 harga diorang dah markup lagi tinggi dari harga asal. Yang tu pandai2 la korang google awal2 harga yang sepatutnya. 

Kereta sewa pun diorang boleh dapatkan jugak, yang ni biasanya dalam RM50-RM60 sehari untuk kereta kancil/iswara manual. Kalau auto atau kereta besar macam wira/waja mahal sket. Kalau time cuti skolah mungkin boleh naik sampai RM100. Yang ni pun pandai2 la korang nego dengan agen tu. Skill menego2 amatlah diperlukan. Dah setel semua, boleh la masuk dalam Departure Hall tunggu feri korang landing.


Feri dah landing, jom naik. Jangan panik bila nampak feri korang ada tulis Penang ke Labuan ke. Semua feri ni mesti sampai Langkawi. Jangan lupa check seat number korang untuk mengelakkan malu tersalah duduk atas seat orang lain.


Dalam feri yang aku naik masa datang ni LCD TV pasang cite IP Man 2. Kalau korang tak minat tengok movie, boleh tidur atau pura2 tidur demi mengelakkan pakcik peramah sebelah korang start borak2 pasal anak dia. Dalam 45minit jugak la nak sampai Jeti Kuah. Kalau ombak kuat melompat2 la feri ni. Take note sapa2 yang mabuk laut macam Teri. Hahaha.


Ok dah sampai pun, dah nampak trademark burung helang besar Dataran Lang. Boleh la start camwhore sambil jalan2 dekat Jeti Kuah. Besar jugak jeti ni, dah jadi macam mall dah sekarang. Ada game arcade, Ampang Bowl, Kenny Rogers, KFC, Starbucks, Baskins Robbins & Big Apple Donuts. Slurp.


Dah puas round2, dekat bahagian belakang KFC tu ada kaunter2 agensi pelancongan. Dekat sini la tempat kalau korang nak dapatkan kereta sewa, hotel, chalet & pakej2 lain macam island hopping ke Pulau Dayang Bunting dan sebagainya. Boleh survey2 harga dulu. 


Bila dah dapat kereta sewa. Makesure korang amek free maps dekat kaunter. Jalan2 dekat Langkawi ni senang sebab sikit jer jalan utama dia. Kalau ikut maps konfem sampai. Signboard pun banyak. Ada jugak tunjuk tempat2 menarik dekat Langkawi.


On the way ke chalet, kitorang singgah makan. Dah nama food blog, mesti nak selitkan jugak gambar makanan. Cis, pedas gle. Cili merah cili hijau cili kaler2 semua ada.


Ok ni la rupa chalet yang kitorang stay. Charlie Motel nama dia. Walaupun nama dia cool, tapi tak brape sangat pun chalet dia, ok la cukup2 makan. Chalet tak penting, lokasi lagi penting. Charlie ni satu2nya chalet dekat Pantai Tengah. Pantai Tengah & Pantai Kok antara pantai yang up dekat Langkawi. Lagi cantik & lebih privacy. Pantai ni jugak adalah one of the best  places to view sunset. Best kan. Gambar2 sunset aku akan tunjukkan dalam post2 lepas ni. Bawah ni pemandangan depan chalet. Tak sampai 20 meter dah sampai tepi pantai.






Selain mandi2, berjemur & golek2 tepi pantai. Ada banyak lagi aktiviti2 macam banana boat,  jet ski, island hopping dan parasailing.



Parasailing ni untuk yang tatau, gabungan Parachute + Sailing. Meaning korang akan diikat dekat 1 parachute, pastu ditarik oleh 1 speedboat sampai ke tengah2 laut. Boleh dapat view laut/pantai/sunset dari atas macam dekat gambar bawah ni. Menarik kan.






Sampai sini dulu, dah penat menaip. Next post aku buat special entry untuk gambar matahari terbenam dekat Pantai Tengah. Thanks for reading. Jangan lupa tekan button like dekat bawah :D

8 komen jika teruja tengok gambar:

cecece da pandai type panjang2 da..ade improvement..gud2

btw,gamba last tu bes

June 21, 2010 3:25 AM  
xoulariff said...

hehe..cuba2 tulis

next post nak letak gambar sunset banyak2..

June 21, 2010 3:29 AM  

cantik2nye gambarrrr

last time p langkawi cam kelam kabut so mcm tak having funn punn :(

June 21, 2010 10:59 AM  
xoulariff said...

takpe nanti gi lagi..tak mahal sangat pun ekceli kalau nak gi langkawi..pandai2 bajet..

June 21, 2010 7:55 PM  

xoul.. next time nk pegi langkawi ajak pleaseee.. pleaseeee! :(

June 21, 2010 7:59 PM  
xoulariff said...

baek..hehe..xoul dekat je nak gi sminggu skali pun boleh,yang jauh la kena ajak..

June 21, 2010 8:04 PM  

sori xoul. tah kenapee aku eksaited gila ngan pulau ni HAHAHA

June 22, 2010 9:46 PM  
xoulariff said...

pulau lain dah penah try? redang? perhentian?

June 23, 2010 12:17 AM  
Related Posts with Thumbnails