xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

Chili's

Chili's
Pepper in Some Fun!
(http://www.chilis.com.my/)



Bertemu lagi dalam blog jalan2 cari makanan. Agak lama jugak tak update, ketiadaan gambar + malas edit + malas upload + malas taip. Senang cakap memang salah tak banyak gambar nak upload (dulik..tak nak ngaku malas). Dah alang2 gi KL aritu, singgah makan dekat 2 tempat yang best. Chili's ni salah satu, lagi satu maybe post lepas ni aku citer.  Chili's bukan tempat baru pun, dah lama, sama kategori dengan Tony Roma's & TGI Friday's. Bagi aku apa yang menarik dekat Chili's ni sebab dia ada Bottomless Juice (apple orange tomato pineapple etc.), Soft Drinks (termasuk Milo & Ice Lemon Tea) and Chips jugak. Kiranya korang boleh refill2 sampai perut kembong. Best kan. Boleh tengok website dekat atas for more info. Click Read More for more pics.




Tapi kitorang aritu tak try bottomless, sebab macam dekat tempat lain pun ada jugak kan stakat juice & soft drink tu. Better try something else. Jadi kitorang decide nak order Smoothies & Big Mouth Burgers. Ok jom minum smoothies dulu. Ada 3 pilihan jer so kitorang order Chocolate Banana & Southwest Sling, sorry gambar silau, kalau nak baca description boleh tengok dekat website. 


Ok yang bawah ni Chocolate Banana. Sebijik macam nama dia, takde suprise2, memang rasa chocolate & banana & vanilla. Ada whip cream yang melimpah2 plak tu. Memang minum ni jer dah boleh rasa perut penuh. Sedap2.


Bawah ni Southwest Sling, ok yang ni rasa dia macam campuran juice banyak2, kalau minum pun susah nak detect ada buah apa dalam ni. Misteri btol. 



Dari beverages, tengok pulak "not just sides" dish, yang ni nama dia Mashed Potatoes with Black Pepper Gravy. Memang sedap. Taktau nak describe macam mana, tengok jer la gambar :D


Baru makan mashed potato 2-3 sudu, main dish pun sampai. Tros tolak mashed potato ke tepi dengan gaya berlagak. Huh. Macam biasa, waiter akan suruh potong sket daging dan tanya ok ke tak. Lupa, masa order tu ada 3 pilihan tahap pemasakan daging (rosak bahasa) iaitu medium, medium well & well. Memandangkan aku dah pernah try well dulu, agak keras. Jadi kali ni order medium jer la. Lepas pura2 potong daging dan senyum tanda berpuas hati dekat waiter tu, tunggu dier blah gi blakang, tros mulakan sesi photography burger. Haha.


Ada 6 jenis Big Mouth Burgers. Dulu dah pernah try Oldtimer (macam BigMac versi gergasi), sekarang kitorang try order Mushroom-Swiss & Ground Peppercorn pulak. Lets start with Ground Peppercorn.


Susah aku nak describe rasa burger ni sebab aku pun pow orang punya jer. Yang burger aku makan ada dekat bawah ni. Jadi korang imagine jer la ok takpun lepas ni gi try makan. Ground Peppercorn ni ada crispy onion ring dekat dalam burger dia. Ada rasa rangup2 bila makan. Untuk sapa2 yang dikurniakan mulut besar macam python, bersyukurlah sebab korang boleh makan burger2 camni dari atas sampai bawah dengan satu gigitan. Untuk yang mulut cute macam aku, terpaksa la makan sikit2, mula2 roti dulu, amek salad sikit, potong daging, cicah sos cili, makan. Sedihnya kehidupan. 



Done with Ground Peppercorn (baca: Done with imagining macamana rasa Ground Peppercorn :D). Jom tengok pulak Mushroom-Swiss. Kalau korang pernah makan mushroom-swiss dekat Carls Jr. Lebih kurang jer rasa dia dengan burger ni. Cuma yang ni lagi besar size dia. Dan lagi sedap (tanak kalah..haha).



Bila daging burger yang besar, lembut & juicy tu disaluti dengan cheese cair. Konfem la sedap. Memang puas hati. Lupa bagitau, dalam set burger ni dia kasik fries jugak, fries pun ok2 la rasa macam Carls Jr. punya fries jugak. Besar2 dan tak lembik macam McD ;))


Mushroom ni sapa yang pernah try tau la rasa dia macamana. Sapa tak pernah rasa japgi pergi rasa. Aku pun tak reti nak explain. Haha. Fail btol buat blog macam ni. Maaf masih lagi belajar menulis & amek gambar. 


Kekenyangan terlampau! Tak habis pun makan semua2 ni. Memandangkan time tu dah pukul 1.45. Wayang Lagenda Budak Setan dah nak start pukul 2. Kitorang pun bergerak dengan perot sendat gi tengok wayang. 

p/s: Lagenda Budak Setan kurang best, haha. Sila google "Lagenda Budak Setan review blog" untuk membaca makian peminat novel budak setan memaki hamun movie Budak Setan. Haha. Tapi camne pun aku tetap akan gi tengok Budak Setan II jugak, jom cik bulan.

8 komen jika teruja tengok gambar:

woo sgt bes..ok tibe2 lapa..iskk

p/s : cik bulan pesan suh bgtau dier on je :D

June 08, 2010 2:48 AM  
xoulariff said...

thanks :D

p/s: nice..ok practice BM bagi mantap dulu baru boleh tengok budak setan II..hehe

June 08, 2010 2:52 AM  

waaa.. lapa balik..

June 08, 2010 2:56 AM  
xoulariff said...

haha..simpan lapar tu sampai esok k,esok pagi bfast makan banyak2..

June 08, 2010 2:59 AM  

udahlah eden tak breakfast lagi pagi ni

oh sungguh mengujakan

huhuh

June 08, 2010 9:39 AM  
xoulariff said...

haha..wanie selalu jadi mangsa..sabar2

June 08, 2010 10:23 AM  

terliur melihatnye..tetibe lapor..huhu

June 08, 2010 1:16 PM  
xoulariff said...
Related Posts with Thumbnails