xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

Burger Selekeh? (Burger Gerai Tersedap di KL)

Om Burger
Ampang Jaya, KL




Ingat lagi post Burger Santak! ? Mesti la ingat kan, baru 2 post lepas, kalau lupa mungkin ada terantok kepala dekat mana2. Dalam post tu aku ada mintak korang recommend burger gerai dekat mana paling best. Ada kawan aku ni (nama dia Rhaiz, tak single) recommend suruh try Om Burger. Peliknya nama, letak la nama Power Burger ke, Awesome Burger ke..baru mari. 


Dah Google2, baru tau rupanya Om Burger ni popular gler. Ada yang cakap "might be the best Ramly Burger in town" "Burger elite" dan macam2 lagi. Hasil pencarian google juga mendapati bahawa Om (pakcik dlm bahasa Jawa) ni dah start bisnes burger dia sejak 24 taun lepas dekat spot yang sama (depan 7-11), taktau la betul ke tak, mungkin time dia start tu gerai dia tengah2 medan perang orang berebut lombong bijih timah. Tu pasal dia blajar masak burger laju2 takut kena parang, selekeh pun selekeh la janji siap. Ok dah merapu. 


Masa mula2 korang sampai gerai ni, korang mesti teruja tengok ramai btol org beratur sambil buat muka sangap burger. Siap ada brader amek2 gambar Om ni masak, curi resepi la tu. Dekat gerai dia ada 1 bendera Malaysia besar & keratan akhbar & majalah pasal gerai burger dia ni. Hot2. Haa ni gambar Om. Read More.






Gambar tak clear sebab aku amek gambar sorok2 sebab takut brader 
yang amek gambar guna handphone tu bahan aku pulak dalam blog dia.


Atas ni gambar close up menu gerai ni, yang aku rasa menarik dekat sini, Burger Daging Double Special, Hotdog Double Special, Oblong pun nampak macam menarik & ramai order. Kitorang order burger & hotdog jer sebab kitorang diet. Harga RM5.00 walaupun nampak macam mahal untuk burger gerai, tapi sangat berbaloi-baloi, korang boleh tengok gambar dia nanti dekat bawah.



This is where the magic happens (konon). Apa yang aku nampak unik dengan cara dia masak, dia main campak semua bahan2 atas grill dia, telur, daging burger, daging oblong, hotdog, sos, kicap dll..asal ada ruang kosong, ada jer menda dia nak bakar atas tu. Mungkin sebab tu sedap sangat, rasa bercampur2. Tak sama macam gerai2 lain yang masak 1-1, asing2, pastu baru campur. Ok burger kitorang dah siap, bila dah siap boleh la decide nak makan dekat mana. Paling feel, dapat2 jer burger tu terus korang duduk atas tangga2 dekat situ makan. Pergh!

Tapi kalau masih mampu tahan sangap burger, opposite gerai Om ni ada banyak kedai makan untuk korang masuk duduk, bila waiter datang tanya nak makan apa, buat2 tengok menu pastu buat muka "takde yang menarik la kedai ni", pastu order minum. Bila waiter tu dah blah jauh sket, slow2 kluarkan burger korang tadi, sama macam kitorang buat haritu..tapi fail sebab ada orang tu ngidam ayam penyet..hahaha.
Ok jom makan, slurp~


Teknik membungkus dia pun ikut sempat je, takpe yang penting burger power. Dia macam tau2 burger dia selekeh, setiap burger dia ada bagi tisu skali ikat guna getah dekat pembungkus burger.


Ok ni gambar Hotdog Double Special, mungkin tak nampak macam besar sangat dalam gambar, tapi memang berbaloi-baloi RM5.00 untuk hotdog ni, hotdog jer dah besar gler, ada cheese dekat dalam, double hotdog pulak tu, dilimpahi mayonis & sos yg meleleh2 sampai ke jari, dagu, mungkin telinga dan siku kalau korang lahap mcm teri. Ni pulak burger yang aku order, hotdog atas tu aku just makan stengah je sebab tuan dia dah kenyang makan ayam penyet.


Ini Burger Daging Double Special, RM5, walaupun rupa dia selekeh gler, tapi sedap & puas hati. Daging dia pun besar dari daging burger gerai lain, double pulak tu, melimpah2 dengan sos & mayonis dan sebagainya. Tapi aku makan sopan la. Btol.

Dah sangap burger?

19 komen jika teruja tengok gambar:

dari tak lapar jadi lapar

hampes gak entry ni .. dahlah sengsorang ni.

hahah

oh salam singgah :)

April 12, 2010 8:37 PM  
xoulariff said...

salam singgah :)

hehe..takpe nanti gi beli,konfem xnyesal..

April 12, 2010 8:37 PM  
xoulariff said...
faeznaem said...

adeh... nampak sedaaapp gilerr.. lapperrrr...

April 12, 2010 8:47 PM  
xoulariff said...

memang sedap pun :D

April 12, 2010 8:49 PM  
PaanMFR said...

kat belah mana gerai bege ni?
cis.. meleleh dah..

April 12, 2010 8:50 PM  
xoulariff said...

dekat jalan yg seblah kiri ada flamingo,seblah kanan ada ampang putri,terus lagi,sampai nampak 7eleven dekat seblah kiri. gerai dia btul2 depan tu.

google alamat dia,aku xingat..

April 12, 2010 9:02 PM  
PaanMFR said...

demit..
ko amik close up makin laju meleleh..
hampeh..
dah la kat opis xde mende nk makan, sejuk air-cond..
perut pulak terus proses simbah2 asid sbb nampak makanan.. aduhai..

tq bagi hint lokasi. nnt aku cari..

April 12, 2010 9:06 PM  
xoulariff said...

haha..saba je la..takpe makin sangap,makin sedap ko makan nanti..

welcome

April 12, 2010 9:07 PM  
odette said...

klakaaa ckp aku ngidam ayam penyet padehal ko melantak skali

April 12, 2010 9:26 PM  
xoulariff said...

tape diorang tatau tu..shhhh..

April 12, 2010 9:27 PM  
Ken Wooi said...

wah the burger looks SO GOOD! =D

April 13, 2010 1:38 AM  
xoulariff said...
m_m said...

melampau ah xoul! sedap blanje r! cari gado btol ni!! (tak pasal2 tak puas ati)

April 15, 2010 1:59 AM  
xoulariff said...

erk..tetibe tak puas hati..blanje la kalo brani!

April 15, 2010 1:05 PM  

aku dari kat uniten dulu memang pelanggan setia burger wak ni. almost every week, mesti 2 3 kali aku g makan. berjaya jugak la si wak ni naikkan berat aku berkilo kilo.

May 25, 2010 12:05 PM  
xoulariff said...

uish rajinnya datang sini..boleh tahan jauh jugak kalo seminggu 2-3 kali..haha

May 25, 2010 5:57 PM  
Mummy said...

amboi sedapnya nampak...tu baru nampak tu...rasa mesti lagi best..kat negeri9 pun ada burger best nama burger ijan...dekat2 ngan stadium paroi...leh lar try nanti

December 28, 2010 12:24 PM  
Related Posts with Thumbnails