xoul ariff

I don't mind the rain, it cleanses the world

The Warung @ Midvalley

The Warung
Midvalley Megamall



Dulu2 aku jenis makan je apa yang ada, or makan je la kedai mana yang nampak, jenis tak kisah makan apa asalkan sedap. Makin lama taste pun dah up (baca dengan nada bongkak), ahaha. Takdela, dah alang2 makan dekat luar, keluar duit, biarla makan yang sedap2 best2. Kalau yang mahal2 tu at least rasa la jugak sekali seumur hidup. Tak rugi pun. Jadi sejak aktif blogging ni, banyak jugak food blog yang aku selalu usya2 before planning nak try makan apa, baca2 review, best ke tak, sedap ke tak. Salah satu food blog yang aku follow & baca hampir semua entry yang dia tulis adalah Food Craver. Rasanya baru jugak la diorang buat review pasal the Warung ni, sebab teruja dengan Nasi Tumpang, dengan pantas kitorang gi try. Hehe. Read More.





Restoran the Warung ni located btol2 dekat entrance dari Midvalley ke KTM komuter. Opposite Roti Boy, agak tersorok sket lokasi dier. Menu boleh tengok dalam gambar bawah ni.


Open kitchen. Jadi sambil2 tunggu food, boleh tengok skill pekerja diorang buat teh tarik. Nak  best lagi, boleh duduk mengadap cermin stalk orang lalu-lalang. Dah nama pun the Warung, design dia pun ala warung la jugak, kerusi meja kayu, ada hiasan2 lama dll.



Macam biasa, minuman kegemaran, Teh Ais. Pergi mana2 pun mesti nak order teh ais. Haha.


Makanan yang ditunggu2 dah sampai. Nasi Tumpang. Size boleh tahan besar. Lupa bagitau, korang boleh pilih nak Nasi Tumpang Ayam atau Nasi Tumpang Daging. Yang aku makan ni Ayam. 





Ape tu Nasi Tumpang? Tu la korang tatau, huh. Nasi Tumpang Istimewa ni mengandungi 11 lapisan, ada serunding daging, rendang ayam, sambal special, telur dan timun. Dihidang dengan keropok ikan dan acar sayur. RM9.80 /=. Hebat tak aku explain :8) . Nasi Tumpang ni basically nasi yang dah dicampur dengan macam2 lauk, dibungkus ikut bentuk kon, mungkin untuk mudah dibawa berjalan2 tak payah bawak mangkuk tingkat dah, aku pun tak pasti. Ok jom tengok macamana rupa Nasi Tumpang dekat the Warung ni.




Slow2 bukak. Sedap2. Ok ni rupa dalam dia. 


Aku suka rasa rendang dan sambal ayam Nasi Tumpang ni. Sedap. Kuantiti pun banyak walaupun masa dia mampat2 bentuk kon tu nampak macam tak boleh nak memenuhi nafsu makan. Selain Nasi Tumpang, kitorang order jugak Roti Tampal, harga RM3.00. Roti Tampal basically adalah roti canai yang 'ditampal' dengan telur goreng. Kalau dulu masa intern dekat Sony Bangi tukang masak roti canai cafe diorang tampal bodo2 je telur tu dekat bawah roti. Yang ni special sket sebab telur tu tak pecah walaupun dah masuk dalam roti. Jom tengok.




Nampak menarik kan? Sedap2. Sebab aku tau yang aku akan hilangkan resit time entry ni ditulis, aku dah amek gambar resit dia awal2. Hebat btol dah plan nak hilangkan. Mahal tak mahal sangat la untuk restoran dalam Midvalley.



Jom try Nasi Tumpang~


p/s: ada orang sharekan link ni, Objek Warisan. Hebat jugak Nasi Tumpang ni rupanya.

13 komen jika teruja tengok gambar:

sedap2 nasi tumpang
serunding tu bes..jum2 :D

May 04, 2010 1:31 AM  
xoulariff said...

jum2..kali ni try order curry mee lak dengan nasi tumpang..bes2

May 04, 2010 1:32 AM  

menarik.

And price pun ok.

May 04, 2010 9:01 AM  
Mel said...

oh sedapnye nasi tumpang tu. biasanya nasi tumpang pakai nasi himpit kan? tp ni something different la. blh cuba

May 04, 2010 6:36 PM  
xoulariff said...

wanie: yerp2..memang boleh gi mkn lg skali..hehe

arianna: erk tatau,1st time ekceli dgr nasi tumpang..tp yg ni sedap la,sila try

May 04, 2010 7:34 PM  
kumfye said...

wah...gambar sangat cantik...harga murah pun

thefye.com

May 05, 2010 1:08 AM  
xoulariff said...
Qila Azali said...

ahaha.. kerusi dia kecik sgt kat situu!! papan lapis jee.. kalau nak duduk tak bole bersila.. nanti kerusi terbalik.. hahaha.. :p

May 06, 2010 8:48 PM  
xoulariff said...

takpe..qila duduk mesti muat,org lain xpasti..haha

May 06, 2010 9:12 PM  
Qila Azali said...

hahah.. qila duduk muat.. bersila xmuat.. mungkin probability kerusi tu patah tinggi kalau bersila.. hahah.. :p

May 06, 2010 9:21 PM  
xoulariff said...

haha..tadela qila kan ringan je..

May 07, 2010 12:48 AM  
kuntum said...

Sya selalu ke "belangga" kalu ke midvalley. lepas ni boleh cuba di sini pula.

from: http://juadahmalaysia.com

December 02, 2011 11:05 AM  
mv71 said...

i am a frequent patron to the warung in mid valley as I kinda enjoy the food there but what makes me very pissed off today is when one of the staff shouted at us. this staff just marched to us and act like a gangster and shouted at us at our table as if we did not pay for our food. He demand to see our receipt which unfortunately we did not take the receipt from the cashier. this is totally unacceptable as we are totally embarrassed being shouted at in front of so many other customers. We are not going back to this place again, ever, and we will tell whoever we know not to patron to this place anymore. Such poor customer service....

December 04, 2011 1:28 AM  
Related Posts with Thumbnails